Saturday, December 1, 2012

Irau Ngigau , 15,16 & 17 Nov 2012



Gunung Irau !!! Owh Allah , mmg best pi mendaki ke sana baru-baru ini . And actually mmg dah lama tak pegi mendaki gunung ( last saya pergi Gunung Nuang di Ulu langat ) . But, masa pegi mendaki di Gunung Nuang tak berjaya mendaki sampai Puncak pun .. ( kaki krem dah , huhu ). Beza gunung Nuang dan Irau ialah Gunung Nuang lagi mencabar minda,fizikal dan emosi .. Ambik kau, mencabar emosi betul masa tu. Yelahkan , tak cukup fit , makanan , air masa kat Nuang . Main pakai redah je mendaki , ingat apa . Pegi panjat bukit belakang rumah agaknya .. ho ho ho . Meh saya cerita pengalaman masa mendaki Gunung Nuang tahun lepas .. bawak air mineral sebotol aje ( tu pun yg saiz kecik ) . Pastu dah sampai ke Kem Pacat , air habis . Al-maklumlah , rehat sekejap ..minum ... berhenti sekejap .. minum .. Apa lagi , dah sampai Kem Pacat tu semua dok nak kongsi air masing2 . Hahaha... Apa pon tak boley ! Dan di Kem Pacat tu ada sumber air. Air gunung . Memang terbaiklah air gunung tu. Lagi sedap dari air mineral kat 7 eleven, giant atau tesco . Bila tuang dalam air bekas masing2 , macam air baru keluar dari robok air batu ... erk ... tahu ke apa itu robok air batu ..?? Itu bahasa atuk saya , robok air batu itu ialah peti sejuk ... hihi . 
Terbaik memanglah terbaik air gunung tu , tapi nak turun ambik air tu .. Ya Allah , dugaan betul .. Agak payah jugaklah , sebab anda harus turun merentasi trek yang agak curam gitu .  Menurut kata pendaki-pendaki di situ , ada juga kes yang budak jatuh tergelincir meninggal dunia bila turun nak ambik air tu . Ish kesian kan .. Tapi , saya tak turun la ambik air tu . Yang turun ambik ialah pemuda-pemuda saja ... huhu . 

                                Gambar atas ni masa mendaki Puncak Gunung Nuang di Ulu langat.

               Berehat sekejap sementara menunggu pemuda-pemuda turun mengambil air . huhu .


              
   Bergambar sekali lagi di kem pacat sebelum meneruskan pendakian ke Puncak Gunung Nuang....

Haahaha ... Muka tak dapat naik ke Puncak Nuang ginilah .. Dua2 kaki budak ni sudah krem . Kui kui


Okaylah , sambung cerita misi pendakian ke Gunung Irau pulak ye . Misi pendakian ke Gunung Irau ini berjaya sebab saya berjaya sampai ke puncak Irau dengan jayanya dan tanpa krem kaki .. hohoho .. statement yang sangat poyo .. Mungkin sebab dah cukup persediaan fizikal , mental dan emosi kot . Dan makanan n air pun cukup . Tapi kali ni , saya tak bawak air mineral . Air isotonik Excel ,  5 botol saya angkut bawak naik atas . Hahaha ambik kau . Makanan pun bawak coklat saja sebagai pemyumbang tenaga dan perut . Tapi pada saya , makan sikit roti dan coklat pun dah cukup sebenarnya . Air memang kena banyak minum . Alhamdullilah , air isotonik ni pun banyak membantu akak sebenarnya . Dan utamanya , syukur pada Allah sebab beri kesihatan yang baik sepanjang pendakian ni ... :) Dan ekspedisi Gunung Irau ini juga tidaklah sesusah payah seperti Gunung Nuang . Gunung Irau at least ada juga dahan dan pohon2 kecil untuk berpaut kalau nak memanjat. Gunung Nuang tarak macam tu . Kiri kanan gaung je. Nak memanjat pun mencabar sebab takda tempat nak berpaut. Dan seolah-olah Nuang ni ibarat dinding gitu.. Ish..ish .. mencabar tapi best ! . Di Irau pula .cuma treknya agak berlumpur,berselut dan licin (sebab irau selalu gak hujan). And beberapa kali jugaklah saya 'merendamkan' kaki saya yang comel ini ke dalam selut. Kalau dah kaki tenggelam dalam selut yang dalam tu, mmg berat skit la nak tarik keluar kaki yang comel ni . Hihihi . 
Sebelum sampai ke Anak Irau , atau pendaki-pendaki tegar gelar anak irau ini Puncak Tipu , kami semua akan 'layan' sekejap pemandangan panorama Hutan Berlumut atau Mossy Forrest . SubhanaAllah , memang cantik Mossy Forrest ni . Ala-ala berada dalam filem Lord Of The Ring gitu atau pun filem Avatar .

Cantik kan Mossy Forrest ni  you uollss .............

:) 


SubhanAllah ..........


nampak scary ... tapi cantik ......... kuasa Allah .... 

Ok , lepas rehat sekejap di Anak Irau , kami meneruskan misi pendakian ke Puncak Irau ! . Masa yang diambil lebih kurang 1 jam untuk sampai ke puncak . Kali ini , 4 orang wanita comel dan lebih kurang 16 orang lelaki-lelaki gagah meneruskan pendakian ke puncak . Salah seorang dari wanita-wanita comel itu ialah saya !.. haha .( Nak balas dendam untuk Nuang dulu .. keh keh keh ) . Dan selepas menempuh onak duri dan ranjau , eceh ... takdalah duri-durinya , cuma selut je banyak ... akhirnya kami sampai ke puncak Gunung Irau ... Alhamdullilah ... yey !  Di puncak Irau ini juga view nye sangat cantik u olls .. Alhamdullilah , sewaktu kami sampai , cuaca agak baik dan panas . Langit biru dan awan-awan sangat cantik tersusun . SubhanaALLAH .......Tapi , kalau bermalam di puncak , malam itu mungkin suhu akan drop ke 12 darjah celcius . Sojuk tak ingat ! Takpelah , next time boleh camping di puncak pulak .

Muka happy dah sampai puncak irau ! heeee 


cantiknyaaa awan-awan itu ..... bergumpal seperti kapas .... 

Alhamdullilah .... :) 

weeeeeeeeee ...............


 So , antara tips-tips nak mendaki gunung ( tak kiralah gunung ganang mana ) , mestilah bersedia dari segi fizikal..Kenalah prepare dari awal . Pegilah bersenam ke , yoga ke apa . Kasi keluar peluh dulu . At least berjalan kaki ( kalau malas sgt nak lari .. huhu ) . Jalan kaki pun boleh bakar kalori apa ... Selain bersenam , cubalah kawal makan . Kasi ringan badan skit supaya senang nak mendaki .. Tapi,janganlah tak makan nasi langsung . Maksud saya , makanlah makanan berkhasiat seperti oat , pisang , ikan , susu ... alaaa makanan berkhasiat la u olls .... And paling penting sekali ialah perlu tanam sikap bekerjasama dalam pasukan . Ini pada saya penting , kalau masing-masing dok 'beranakkan' sifat penting diri sendiri .. ishh payah kalo gitu . Sekurang-kurangnya yang kuat tu bole membantu yang lemah . Janganlah bila dah kuat tenaga tu nak tinggalkan orang-orang belakang kamu  .. No .. no tak mau..tak mau .. jangan begitu ya kawan-kawan semua .. Bekerjasamalah dalam pasukan dan bantu membantu. Pasti kamu semua akan berjaya , insyaAllah .

Ok .. Selamat Mendaki semua ..... :) 



Regards : Intan Liyana Mohd Zaharin
4:17 a.m , Ahad , 2 Disember 2012 . 




Wednesday, October 17, 2012

Kerna Mulut Orang Tak Suka !!!

Assalamualaikum .......

17.10.2012 Rabu : 

Biasa kita dengar Kerana Mulut Badan Binasa .... so now ... kita tukar ! Kerana Mulut Orang Tak Suka !!!
Pada aku macammana jelita,cun or cute muka hamba Allah tu kalau dia tak jaga mulut dari mengumpat,mengeji,meghina or mengutuk orang , mmg nampak buruks always ! . Perasan tak kadang2 orang yang wajahnya biasa2 aje tu la yg nampak sweet sgt sebab HATI and MULUT dia BAIK . 
Kadang2 isu yg kecil pun bole jadi besar dek kerana MULUT yg agak2 celupar ni ... Kadang2 aku mmg tak bole nak 'dok' satu group orang yg suka mengutuk orang gila2 , bukan sebab aku ni Baik sgt ke apa ... Tapi mmg aku kurang selesa dengan orang2 fikiran negatif camni... Tak selesa u olls. 

So pls ....... macammana pun,jagalah mulut . Tuturkata dan bahasa kita . Inila yang dikatakan BAHASA MENUNJUKKAN BANGSA . ngeeee . Peace !


Ms.Intan Liyana 
12.01 p.m (waktu Malaysia) ;) 


Thursday, July 19, 2012

Salam Ramadhan



Assalamualaikum org kampung ...!

 Berkurun dah tak update blog ! Sibuk sgt dengan kerja . Walaupun kerja 'gomen' , kita bukan jenis yg sharp pukul 5 , balik ! Haha . Rajin ni tau . Amanah , berdedikasi , disiplin dan tak mengular lebihhhh .
Today dah 19.07.2012 , Khamis . Sekejap saja masa berlalu and sekejap je dah masuk Jumaat and sekejap je dah tiba Bulan yang paling mulia , bulan Ramadhan .... SubhanAllah , memang masa itu pantas berlalu . Dan adakalanya masa sibuk bekerja ni la , kita boleh lupa sekejap hal2 peribadi yg lain yg mungkin boleh kita letak tepi dulu . Tapi, nasihat saya pada diri sendiri dan juga pada semua , macammanapun sibuk kita mencari rezeki , jangan lupa pada-Nya. Tunaikan solat walau dimana berada. Okaylah , kat kaki saya ni dah terasa gigitan-gigitan manja pak nyamuk ... Tekanan aku tulis blog dengan 'gurauan' manja pak nyamuk ni.. Mana datang ntah nyamuk mlm2 buta ni ... okaylah , saya permisi dulu ....... Salam Ramadhan dari saya utk anda semua ..... Semoga Ramadhan kali ini membawa berkat kepada anda sekeluarga.. Muah.. Assalamualaikum .........   :)


                                    

Sunday, May 15, 2011

Penyangak kat Sg.Pisang

Canyoning again !!
Ok kali ni mmg saya still tidak berpuas hati lagi bercanyoning kat sungai pisang .. Dapat turun sekali je tau . ;( Bila naik balik nak abseiling kali ke- dua , terus ada kejadian yang tak diingini berlaku . Beberapa barang berharga kami dalam beg lesap ! Camera , 2 bungkus nasi lemak , kunci kereta semua hilang . Kesian kat kawan kami yg baru join canyoning hari tu , kak mimie . Barang2 dia semua hilang .. Puas juga lah saya tgk2 kat sekeliling hutan tu , kot2 la ada 'beruk' atau makhluk yang menyorok kat balik semak-semak ke ? Mana la tau kan ? Dalam kepala saya masa tu , kalau lah aku dapat tangkap makhluk tu mau jer aku sepak2 . Tak kiralah lelaki ke perempuan . Angin betul saya .


Waterfall Canyoning di Sungai Pisang bersama Kak Mimie !



Tapi , dah takda rezeki kot kami on that day. Belajar dari kesilapan . After this , kena berhati-hati walaupun dalam hutan . Jangan ingat dalam hutan tu takda penyangak jugak. Huh . Walaupun nasi lemak yang kami tapau pagi tu kena kebas jugak , dapatlah kami belasah makan laksa , mee goreng , kopi o pekat , teh panas kat gerai atap rumbia kat hutan tu. Sedap wooo makan masa hujan lebat . Tuan gerai tu pun ramah . Lepas misi bantuan kat sg pisang , kami tukar2 baju terus ke Damansara plak sambung misi bantuan kat sana . Rumah kak mimie plak kami tolong pecahkan pintu sebab kunci rumah kak mimie pun kena curi dengan beruk tu. Sangat mencabar aktiviti masa tu . Hehehehehe . Sabar jer lah . Ini semua petunjuk , dugaan dari Allah . Apa yg berlaku tu terselit mcm2 hikmah . :)



Ketika menunggu bantuan tiba , kami lepak makan laksa di gerai Misteri Nusantara ;)


Apapun , kami tetap teruskan aktiviti beriadah seperti ni . Semangat diteruskan ! :)

wasalam ......

Tuesday, April 19, 2011

Serentak ...

Salam All ,

Semuanya berlaku serentak . Semuanya kuasa Allah S.W.T . Adik saya bersalin dan emak saya kena tahan wad sebab asthma . Dan saya sebagai anak yang sulung , menjalankan tanggungjawab dengan memecut kereta dari HKL ke Sambhi , dari Sambhi ke HKL ..... Fuhh , semoga aku tak dapat 'surat cinta' dari Polis ! ;)

Alhamdulillah , adik saya telah melahirkan puteri sulungnya , Zara Saffiyah dengan berat 2.81 kg. Sangat comel , putih merah dan paling best bibir dia merah dan bulu matanya lentik .... Alhamdullilah , syukur ke hadrat Ilahi . Allah telah menggantikan 'sesuatu' yang pergi kepada seseorang yang baru dalam keluarga kami. Semoga dipermudahkan semuanya .

To Aleen , Jagalah anak dengan baik.Didik lah dia dengan pendidikan agama , semaikan dia dengan ilmu dunia dan akhirat. Semoga menjadi ibu mithali . Big congratz to you and Ejan .... :)

Warm Regards,
I.L :)

Hilang dan Timbul :)

Assalamualaikum ...

Memang sudah lamaaaaaaa sgt tak update blog ni . Dan saya hampir terlupa akan kewujudan blog ini! See ? betapa sibuknya saya 'merehatkan' dan 'memulihkan' diri selama setahun ni .... Alhamdullilah ...alhamdullilah ... dengan izinNya saya kembali berkarya di sini utk semua . Sejak Facebook ada , saya jadi 'lupa diri' sekejap . Hahaha .... :P

Alhamdulilah , saya ingin berkarya semula . Mungkin di sini sgt sesuai utk saya berkongsi cerita suka duka lara sebagai hamba Allah ini . Sebelum saya memejamkan mata selama-lamanya :)
Tiada paksaan utk baca blog saya . Dan saya mengucapkan terima kasih byk kpd semua yang sudi baca .... May God bless you ...............................................

wassalam .......

I.L

Tuesday, October 7, 2008

Ermm....The Secret .. ???


The Secret by Rhonda Byrne...
Salam ...Pernah dengar Law Of Attraction ??
Buy and read The Secret by Rhonda Byrne! For those ppl who feel guilty,negative thinking,mental disorders and also for ppl who want to be rich,successful in her life,career,relationship,family,health.... So,this is for you.... birthday gift ....
What is Law Of Attraction? It is The science of attracting more of what you want and less what u dont... Simple rite....? All u have to do is just think positive in your life! The more u focus on what you want , the more good things will coming to you.....This is not a magic or daydreaming or angan-angan mat jenin... This is law of universe .. Always feel good no matter what situation.
Ahah! think positive and always feel goodddddd... Kalau you all rasa nak marah cepat2 la baca selawat,ingat Tuhan banyak2,solat,bersihkan diri dan baca la The Secret ... :)