Ok kali ni mmg saya still tidak berpuas hati lagi bercanyoning kat sungai pisang .. Dapat turun sekali je tau . ;( Bila naik balik nak abseiling kali ke- dua , terus ada kejadian yang tak diingini berlaku . Beberapa barang berharga kami dalam beg lesap ! Camera , 2 bungkus nasi lemak , kunci kereta semua hilang . Kesian kat kawan kami yg baru join canyoning hari tu , kak mimie . Barang2 dia semua hilang .. Puas juga lah saya tgk2 kat sekeliling hutan tu , kot2 la ada 'beruk' atau makhluk yang menyorok kat balik semak-semak ke ? Mana la tau kan ? Dalam kepala saya masa tu , kalau lah aku dapat tangkap makhluk tu mau jer aku sepak2 . Tak kiralah lelaki ke perempuan . Angin betul saya .
Waterfall Canyoning di Sungai Pisang bersama Kak Mimie !Tapi , dah takda rezeki kot kami on that day. Belajar dari kesilapan . After this , kena berhati-hati walaupun dalam hutan . Jangan ingat dalam hutan tu takda penyangak jugak. Huh . Walaupun nasi lemak yang kami tapau pagi tu kena kebas jugak , dapatlah kami belasah makan laksa , mee goreng , kopi o pekat , teh panas kat gerai atap rumbia kat hutan tu. Sedap wooo makan masa hujan lebat . Tuan gerai tu pun ramah . Lepas misi bantuan kat sg pisang , kami tukar2 baju terus ke Damansara plak sambung misi bantuan kat sana . Rumah kak mimie plak kami tolong pecahkan pintu sebab kunci rumah kak mimie pun kena curi dengan beruk tu. Sangat mencabar aktiviti masa tu . Hehehehehe . Sabar jer lah . Ini semua petunjuk , dugaan dari Allah . Apa yg berlaku tu terselit mcm2 hikmah . :)
Ketika menunggu bantuan tiba , kami lepak makan laksa di gerai Misteri Nusantara ;)Apapun , kami tetap teruskan aktiviti beriadah seperti ni . Semangat diteruskan ! :)
wasalam ......
No comments:
Post a Comment