Gunung Irau !!! Owh Allah , mmg best pi mendaki ke sana baru-baru ini . And actually mmg dah lama tak pegi mendaki gunung ( last saya pergi Gunung Nuang di Ulu langat ) . But, masa pegi mendaki di Gunung Nuang tak berjaya mendaki sampai Puncak pun .. ( kaki krem dah , huhu ). Beza gunung Nuang dan Irau ialah Gunung Nuang lagi mencabar minda,fizikal dan emosi .. Ambik kau, mencabar emosi betul masa tu. Yelahkan , tak cukup fit , makanan , air masa kat Nuang . Main pakai redah je mendaki , ingat apa . Pegi panjat bukit belakang rumah agaknya .. ho ho ho . Meh saya cerita pengalaman masa mendaki Gunung Nuang tahun lepas .. bawak air mineral sebotol aje ( tu pun yg saiz kecik ) . Pastu dah sampai ke Kem Pacat , air habis . Al-maklumlah , rehat sekejap ..minum ... berhenti sekejap .. minum .. Apa lagi , dah sampai Kem Pacat tu semua dok nak kongsi air masing2 . Hahaha... Apa pon tak boley ! Dan di Kem Pacat tu ada sumber air. Air gunung . Memang terbaiklah air gunung tu. Lagi sedap dari air mineral kat 7 eleven, giant atau tesco . Bila tuang dalam air bekas masing2 , macam air baru keluar dari robok air batu ... erk ... tahu ke apa itu robok air batu ..?? Itu bahasa atuk saya , robok air batu itu ialah peti sejuk ... hihi .
Terbaik memanglah terbaik air gunung tu , tapi nak turun ambik air tu .. Ya Allah , dugaan betul .. Agak payah jugaklah , sebab anda harus turun merentasi trek yang agak curam gitu . Menurut kata pendaki-pendaki di situ , ada juga kes yang budak jatuh tergelincir meninggal dunia bila turun nak ambik air tu . Ish kesian kan .. Tapi , saya tak turun la ambik air tu . Yang turun ambik ialah pemuda-pemuda saja ... huhu .
Gambar atas ni masa mendaki Puncak Gunung Nuang di Ulu langat.
Berehat sekejap sementara menunggu pemuda-pemuda turun mengambil air . huhu .
Bergambar sekali lagi di kem pacat sebelum meneruskan pendakian ke Puncak Gunung Nuang....
Haahaha ... Muka tak dapat naik ke Puncak Nuang ginilah .. Dua2 kaki budak ni sudah krem . Kui kui
Okaylah , sambung cerita misi pendakian ke Gunung Irau pulak ye . Misi pendakian ke Gunung Irau ini berjaya sebab saya berjaya sampai ke puncak Irau dengan jayanya dan tanpa krem kaki .. hohoho .. statement yang sangat poyo .. Mungkin sebab dah cukup persediaan fizikal , mental dan emosi kot . Dan makanan n air pun cukup . Tapi kali ni , saya tak bawak air mineral . Air isotonik Excel , 5 botol saya angkut bawak naik atas . Hahaha ambik kau . Makanan pun bawak coklat saja sebagai pemyumbang tenaga dan perut . Tapi pada saya , makan sikit roti dan coklat pun dah cukup sebenarnya . Air memang kena banyak minum . Alhamdullilah , air isotonik ni pun banyak membantu akak sebenarnya . Dan utamanya , syukur pada Allah sebab beri kesihatan yang baik sepanjang pendakian ni ... :) Dan ekspedisi Gunung Irau ini juga tidaklah sesusah payah seperti Gunung Nuang . Gunung Irau at least ada juga dahan dan pohon2 kecil untuk berpaut kalau nak memanjat. Gunung Nuang tarak macam tu . Kiri kanan gaung je. Nak memanjat pun mencabar sebab takda tempat nak berpaut. Dan seolah-olah Nuang ni ibarat dinding gitu.. Ish..ish .. mencabar tapi best ! . Di Irau pula .cuma treknya agak berlumpur,berselut dan licin (sebab irau selalu gak hujan). And beberapa kali jugaklah saya 'merendamkan' kaki saya yang comel ini ke dalam selut. Kalau dah kaki tenggelam dalam selut yang dalam tu, mmg berat skit la nak tarik keluar kaki yang comel ni . Hihihi .
Sebelum sampai ke Anak Irau , atau pendaki-pendaki tegar gelar anak irau ini Puncak Tipu , kami semua akan 'layan' sekejap pemandangan panorama Hutan Berlumut atau Mossy Forrest . SubhanaAllah , memang cantik Mossy Forrest ni . Ala-ala berada dalam filem Lord Of The Ring gitu atau pun filem Avatar .
Cantik kan Mossy Forrest ni you uollss .............
:)
SubhanAllah ..........
nampak scary ... tapi cantik ......... kuasa Allah ....
Ok , lepas rehat sekejap di Anak Irau , kami meneruskan misi pendakian ke Puncak Irau ! . Masa yang diambil lebih kurang 1 jam untuk sampai ke puncak . Kali ini , 4 orang wanita comel dan lebih kurang 16 orang lelaki-lelaki gagah meneruskan pendakian ke puncak . Salah seorang dari wanita-wanita comel itu ialah saya !.. haha .( Nak balas dendam untuk Nuang dulu .. keh keh keh ) . Dan selepas menempuh onak duri dan ranjau , eceh ... takdalah duri-durinya , cuma selut je banyak ... akhirnya kami sampai ke puncak Gunung Irau ... Alhamdullilah ... yey ! Di puncak Irau ini juga view nye sangat cantik u olls .. Alhamdullilah , sewaktu kami sampai , cuaca agak baik dan panas . Langit biru dan awan-awan sangat cantik tersusun . SubhanaALLAH .......Tapi , kalau bermalam di puncak , malam itu mungkin suhu akan drop ke 12 darjah celcius . Sojuk tak ingat ! Takpelah , next time boleh camping di puncak pulak .
Muka happy dah sampai puncak irau ! heeee
cantiknyaaa awan-awan itu ..... bergumpal seperti kapas ....
Alhamdullilah .... :)
weeeeeeeeee ...............
So , antara tips-tips nak mendaki gunung ( tak kiralah gunung ganang mana ) , mestilah bersedia dari segi fizikal..Kenalah prepare dari awal . Pegilah bersenam ke , yoga ke apa . Kasi keluar peluh dulu . At least berjalan kaki ( kalau malas sgt nak lari .. huhu ) . Jalan kaki pun boleh bakar kalori apa ... Selain bersenam , cubalah kawal makan . Kasi ringan badan skit supaya senang nak mendaki .. Tapi,janganlah tak makan nasi langsung . Maksud saya , makanlah makanan berkhasiat seperti oat , pisang , ikan , susu ... alaaa makanan berkhasiat la u olls .... And paling penting sekali ialah perlu tanam sikap bekerjasama dalam pasukan . Ini pada saya penting , kalau masing-masing dok 'beranakkan' sifat penting diri sendiri .. ishh payah kalo gitu . Sekurang-kurangnya yang kuat tu bole membantu yang lemah . Janganlah bila dah kuat tenaga tu nak tinggalkan orang-orang belakang kamu .. No .. no tak mau..tak mau .. jangan begitu ya kawan-kawan semua .. Bekerjasamalah dalam pasukan dan bantu membantu. Pasti kamu semua akan berjaya , insyaAllah .
Ok .. Selamat Mendaki semua ..... :)
Regards : Intan Liyana Mohd Zaharin
4:17 a.m , Ahad , 2 Disember 2012 .







1 comment:
memang best...
Post a Comment